Delima membantu pesakit stroke
Stroke berlaku apabila
saluran darah yang membekalkan darah beroksigen daripada jantung kepada
mana-mana bahagian otak tidak dapat membekalkan darah kerana tersumbat samada
oleh darah beku atau aterosklerotik.
Akibatnya bahagian
otak yang tidak mendapat bekalan oksigen itu akan rosak dan tidak berfungsi.
Apabila sesuatu bahagian otak itu rosak, maka
peranan yang dimainkan oleh bahagian itu menjadi tidak berfungsi untuk mengawal
mana-mana bahagian anggota badan yang dikawalnya.
Contohnya jika
bahagian otak sebelah kiri rosak, maka anggota badan sebelah kanan akan menjadi
tidak berfungsi atau menjadi lemah. Selalunya disebut sebagai lumpuh atau mati
sebelah badan.
Delima
....dan banyak lagi akan
bertindak mengeluarkan hormon-hormon serta menggantikan sel-sel otak yang rosak
dengan sel-sel baru serta memecahkan darah beku atau aterosklerotik di
dalam saluran darah (yang menyebabkan saluran darah tersumbat) dan dengan itu
dapat membantu memulihkan pengaliran semula darah beroksigen kebahagian otak
yang rosak/mati.
Apabila
darah telah sampai kebahagian otak yang rosak itu, maka proses semulajadi badan
akan bertindak menggantikan semula bahagian otak yang rosak itu dengan sel-sel
baru dan seterusnya memulihkan fungsi bahagian itu.
Apabila
bahagian otak yang rosak itu telah kembali normal, maka fungsinya untuk
menghantar dan mengawal isyarat-isyarat kebahagian badan yang berkaitan kembali
berkerja dan bahagian bada berkenaan akan kembali kepada fungsi asalnya.
Walaubagaimana
pun masa yang diambil bagi proses pemulihan ini bukanlah satu tempuh yang
singkat kerana ia merupakan proses pemulihan beberapa organ-organ, tisu-tisu
dan urat saraf yang telah sekian lima tidak dapat berfungsi.
Proses
pemulihan ini perlukan keazaman yang kukuh, kesabaran, ketaatan dan komitmen
yang tinggi bukan sahaja kepada diri pesakit malah kepada seluruh anggota
keluarga pesakit berkenaan.
No comments:
Post a Comment