Penyakit gout lazimnya menyerang kepada golongan pertengahan usia.
Ia memang sudah sebati
dikaitkan sebagai penyakit lelaki dan ia jarang sekali berlaku kepada wanita.
Jika ada pun, kemungkinan berlaku hanyalah selepas wanita mengalami menopaus.
Apabila gout menyerang, kaki akan
menjadi bengkak, panas dan amat sakit hingga ada sesetengah pesakit tidak boleh
berjalan. Malah, kesakitan ini boleh berlanjutan beberapa hari dan hanya hilang
dengan pengambilan ubat.
Gout disebabkan adanya kandungan asid urik yang
berlebihan dalam darah dan berkumpul dibahagian ruang sendi. Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan
menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi.
Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki,
menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.
Secara semula jadi asid urik
akan larut dalam darah dan disingkirkan daripada badan melalui air kencing.
Adakalanya badan menghasilkan terlalu banyak sehingga ia berkumpul menjadi
kristal berbentuk jarum pada sendi atau tisu sekelilingnya menyebabkan sendi
bengkak dan sakit.
Asid urik biasanya disingkirkan
daripada badan melalui air kencing dan najis. Kegagalan badan mengeluarkan asid
urik berlebihan akan menyebabkan ia mendap dan berkumpul sama ada di sendi,
buah pinggang atau kulit.
Delima melalui kombinasi
vitamin, zat dan mineral yang ada didalamnya berfungsi memperbaiki sistem buah
pinggang yang akan membantu kecekapan proses mengeluarkan air kencing. delima juga membantu meningkatkan kecekapan proses penghazaman makanan
dan dengan itu sistem perkumuhan berjalan dengan lancar. Pada masa yang sama, urik asid
yang berlebihan itu akan disingkirkan melalui kencing dan najis.
Walaubagaimana pun harus juga
dimaklumkan apabila baru-baru mengambil Delima, akan berlaku tindakbalas awal
dimana pesakit akan merasa sedikit peningkatan kesakitan dibahagian yang
mengidap gout. Ini adalah fenomena biasa dimana tubuh akan bertindakbalas
kepada kandungan zat-zat, vitamin dan mineral yang terdapat dalam Delima.
Tindakbalas ini berlaku dalam
tempuh beberapa hari sahaja dan akan kembali normal setelah proses rawatan Delima berlangsung.
Ambillah
50ML Delima sebaik bangkit daripada tidur dan 50ML lagi sebelum
tidur.
No comments:
Post a Comment