Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Monday, July 29, 2013

Hukum Memelihara Anjing


Oleh: Ustaz Shauqi

Apabila disebut sahaja anjing, maka bermacam-macam persepsi akan timbul. Ada yang jijik melihat anjing, ada pula yang begitu mesra dengan anjing, dan ada pula orang yang apabila marah akan menggunakan perkataan ‘anjing’ sebagai salah satu kata-kata nista dan keji yang dihamburkan. Bagi masyarakat Melayu Islam pula, anjing merupakan binatang yang paling tidak digemari dan mereka akan sedaya upaya menjauhkan diri daripada binatang tersebut. Lantaran itu boleh dikatakan masyarakat Melayu ‘tidak berani’ mendekati anjing, apa lagi menyentuhnya.
Sebenarnya, anjing sebagai binatang yang dianggap najis, termaktub di dalam hadis yang sahih. Justeru, menurut jumhur fuqahak, anjing membawa najis mughallazah. Ia berdasarkan perintah Rasulullah agar membasuh bekas yang dijilat anjing sebanyak tujuh kali dimulakan dengan air yang dicampur tanah. Nabi Muhammad saw bersabda, maksudnya: “Sucinya bejana (bekas) salah seorang daripada kamu yang dijilati anjing adalah dengan dibasuh bejana itu tujuh kali dengan air dan pada basuhan pertama dicampur dengan tanah.” (Hadis Riwayat. Muslim, Abu Daud dan Ahmad). Mungkin timbul persoalan mengapa Rasulullah menyuruh umatnya menggunakan tanah untuk menyuci bekas yang dijilat anjing? Hikmah yang sebenarnya, hanya Allah sahaja Maha Mengetahui. Namun, ada pendapat yang mengatakan bahawa dalam air liur anjing ada bakteria yang hanya dapat dimatikan oleh tanah yang dicampur air.
Walaupun Rasulullah mengarahkan agar membasuh bekas jilatan anjing sebanyak tujuh kali, namun ini tidak bermakna Islam menganggap anjing sebagai makhluk hina yang wajib dibenci dan dijauhi. Ini kerana Islam mengajar kita supaya mempunyai sifat rahmat di antara sesama makhluk, termasuk kepada binatang. Walau apa pun persepsi manusia terhadap anjing, ia merupakan salah satu daripada makhluk yang diciptakan Allah di atas muka bumi ini. Sekiranya seseorang itu melakukan kebaikan pada mana-mana makhluk Allah, maka sudah tentu akan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah.
Dalam sebuah hadis diceritakan bagaimana seorang lelaki diampunkan dosanya kerana menolong seekor anjing yang kehausan. Abu Hurairah berkata, Rasulullah saw bersabda, maksudnya: “Ketika seorang lelaki berjalan di suatu jalan, dia terlalu dahaga. Tiba-tiba dia menemui sebuah perigi. Oleh kerana tiada timba untuknya menceduk air dari perigi itu, dia pun turun ke dalamnya dan meminum air sehingga puas. Kemudian dia naik ke atas dan ternampak seekor anjing terjelir-jelir lidahnya menjilat pasir kerana tersangat dahaga. Lelaki itu berkata kepada dirinya sendirinya: Anjing ini haus seperti apa yang aku rasakan sebelum ini. Lalu dia turun semula ke dalam perigi dan mengisi air ke dalam kasutnya. Dia memegang kasut yang dipenuhi air itu dengan mulutnya sambil memanjat naik ke atas. Kemudian dia memberi anjing itu minum. Lantas Allah mengampunkan dosanya dan memasukkannya ke dalam syurga.”Sahabat bertanya: “Ya Rasulullah! Apakah dengan menolong haiwan kita mendapat pahala juga?” Baginda menjawab: “Ya! Menolong setiap makhluk bernyawa akan diberi pahala.” (Hadis riwayat al-Bukhari).
Walaubagaimanapun, Islam telah menetapkan beberapa peraturan berkaitan dengan anjing ini, apatah lagi apabila ia termasuk dalam najis mughallazah. Contohnya ialah masalah memelihara anjing, adakah ia dibenarkan oleh syara' atau tidak? Oleh itu, hendaklah dilihat maksud pemeliharaan itu sama ada untuk menjaga kemaslahatan manusia atau tidak. Jika ya, maka hukumnya boleh, dan apabila tidak, maka hukumnya haram.

Menurut Prof Dr Yusof al-Qaradhawi dalam bukunya Halal wa Haram fi al-Islam, termasuk yang dilarang oleh Nabi ialah memelihara anjing di dalam rumah tanpa ada sesuatu keperluan. Nabi bersabda: "Barangsiapa memelihara anjing tidak untuk keperluan berburu atau penjagaan, maka pahalanya akan berkurang sebanyak satu qiroth bagi setiap hari" (Muttafaq 'Alaih)
Pemeliharaan anjing tanpa sebarang keperluan dilarang kerana malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang terdapat di dalamnya anjing. Sabda nabi: "Malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar" (Muttafaq 'alaih). Daripada Ibn Umar r.a.meriwayatkan bahawa malaikat Jibril as berjanji akan datang menemui Rasulullah s.a.w. Setelah sekian lama menanti, Jibril as tidak juga muncul. Lalu Rasulullah saw pun keluar, dan baginda menemui Jibril di luar. Rasulullah mengadu akan kelewatan tibanya. Jibril menjelaskan dengan berkata: "Sesungguhnya kami tidak memasuki rumah yang ada anjing dan gambar" (Hadis riwayat al-Bukhari). Abu Hurairah r.a mengatakan bahwa Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : “Malaikat tidak akan menemani kelompok manusia yang di tengah-tengah mereka terdapat anjing". (Hadis Riwayat Muslim).
Menurut Abdul Qadir Ahmad 'Ata menerusi bukunya Haza Halal wa Haza Haram, antara sebab malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang mempunyai anjing ialah anjing merupakan binatang yang banyak makan benda-benda kotor serta mempunyai bau yang kurang menyenangkan yang tidak disukai oleh para malaikat. Sebahagian ulama lain pula ada yang berpendapat, bahawa hikmah dilarangnya memelihara anjing di rumah ialah apabila anjing itu menyalak, ia akan menakutkan tetamu yang berkunjung ke rumah.
Imam al-Qurtubi berkata : "Telah terjadi ikhtilaf di antara para ulama tentang sebab-sebab Malaikat Rahmat tidak memasuki rumah yang di dalamnya terdapat anjing. Sebahagian ulama mengatakan bahawa anjing itu najis, dan ada pula yang mengatakan bahawa ada anjing yang diserupai oleh syaitan. Malaikat yang tidak memasuki rumah yang mempunyai anjing itu ialah malaikat tertentu sahaja seperti Malaikat Jibril dan Malaikat Rahmat. Manakala malaikat-malaikat lain tetap akan masuk ke dalam rumah yang mempunyai anjing. Ini kerana terdapat nas-nas yang menunjukkan malaikat ada di mana-mana bersama anak Adam, khususnya Raqib dan 'Atid yang mencatat segala amalan manusia. Apatah lagi malaikat maut, akan masuk mana-mana rumah untuk mencabut nyawa penghuninya yang sudah sampai waktu ajalnya.
Manakala Ibnu Hajar dalam al-Fath al-Bari pula berkata : "Ungkapan malaikat tidak akan memasuki rumah ...." menunjukkan malaikat secara umum (malaikat rahmat, malaikat hafazah, dan malaikat lainnya)". Akan tetapi pendapat yang dikemukakan oleh Ibnu Wadhdhah, Imam Al-Khatabi, dan yang lainnya mengatakan : "Kecuali malaikat hafazah, mereka tetap memasuki rumah setiap orang kerana tugas mereka adalah mendampingi manusia sehingga tidak pernah berpisah sedetik pun dengan manusia. Sedangkan yang dimaksud dengan malaikat (yang tidak memasuki rumah yang mempunyai anjing) ialah malaikat rahmat (yang suka memohon keampunan untuk manusia) bukan malaikat hafazhah yang menjaga manusia. (Lihat Sharah Shahih Muslim 14/94).
Ringkasnya, Islam melarang memelihara anjing tanpa sebarang keperluan kerana Islam merupakan agama yang mencintai kebersihan. Tambahan itu, larangan tersebut adalah kerana malaikat Rahmat tidak akan masuk kedalam rumah orang yang memelihara anjing di dalamnya.
Akan tetapi, anjing yang dipelihara kerana ada kepentingan dan maslahat bagi manusia, seperti untuk berburu, menjaga tanaman, menjaga binatang dan sebagainya adalah dikecualikan daripada larangan ini. Ini kerana terdapat hadis Rasulullah yang mengharuskannya. Sebagai contohnya ialah sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa yang memelihara anjing, selain anjing pemburu atau penjaga tanaman dan binatang, maka pahalanya akan berkurang setiap hari satu qirat." (Riwayat Jamaah)
Berdasarkan hadis tersebut, sebahagian ulama' fekah berpendapat bahawa larangan memelihara anjing itu hanya makruh, bukan haram, sebab kalau sesuatu yang haram, sama sekali tidak boleh dilakukan sama ada pahalanya itu berkurang atau tidak. Justeru, al-Khattabi dan Qadhi ‘Iyad berkata, malaikat hanya tidak memasuki rumah orang yang membela anjing tanpa keperluan, tapi bagi mereka yang memelihara anjing untuk tujuan buruan, malaikat rahmat tetap masuk ke dalam rumah itu. Namun, Imam Nawawi menyanggah pendapat ini dengan menyatakan hadis tersebut bersifat umum, jadi malaikat Rahmat tidak akan masuk ke dalam rumah yang memelihara mana-mana anjing sekalipun.
Di samping itu, terdapat hadis-hadis lain yang menerangkan tentang keharusan memelihara anjing dengan tujuan untuk pengawalan atau untuk berburu sekiranya dijaga batas-batas pergaulan dengan binatang tersebut. Antaranya ialah: "Daripada Abu Tha'labah al-Khasyni berkata; Aku pernah bertanya: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami berada di kawasan berburu, aku berburu dengan anak panahku dan dengan menggunakan anjingku yang terlatih (yang diajar) serta anjingku yang belum terlatih, manakah yang dibolehkan untukku ?" Rasulullah saw menjawab: "apa yang telah engkau buru dengan anak panahmu dan engkau sebut nama Allah sebelumnya, makanlah. Dan yang telah engkau buru dengan anjingmu yang tidak terlatih, lalu kamu sempat menyembelihnya, maka makanlah". (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sehubungan dengan itu, dapat dinyatakan bahawa memelihara anjing hanya dibenarkan apabila wujud keperluan untuk menjaga maslahah manusia. Namun begitu, sekiranya tidak didasarkan kepada apa-apa keperluan, maka pemeliharaan anjing adalah haram dan dilarang. Ini berikutan 'najis mughallazah' yang terdapat pada anjing tersebut dan kesan pemeliharaan tersebut menyebabkan malaikat Rahmat tidak memasuki rumah penghuninya.

Monday, July 15, 2013

Chocolate Drink Plus

Al Rumman Chocolate Drink Plus

Harga : RM30.90 + RM6.00 ( Kos Pos)

Al-Rumman Chocolate Drink Plus merupakan minuman coklat pra campuran yang berasaskan ekstrak koko yang dicampurkan dengan ekstrak buah delima (termasuk kulit) yang terpilih. Biji koko dan buah delima kaya dengan antioksidan, yang mana baik untuk kesihatan.
Pengguna bukan sahaja boleh menggunakan “Al-Rumman Chocolate Drink Plus” sebagai minuman malah baik juga untuk kesihatan.
Koko mengandungi zat makanan yang lengkap dan seimbang. Dianggarkan 100 gram coklat susu menyumbang 18 peratus tenaga,11 peratus protein, 8 peratus zat besi, 47 peratus kalsium, 19 peratus riboflavin dan 11 peratus vitamin A yang diperlukan oleh tubuh manusia dalam sehari. Coklat juga mengandungi kalsium dan vitamin yang tinggi.


Keterangan Produk

Al-Rumman Chocolate Drink Plus didatangkan dalam 25 gram x 15 paket sekotak.


Kebaikan dan Khasiat Biji Koko

  • Kaya dengan kandungan antioksida polyhenol dan flavanoids
  • Koko mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular (penyakit jantung). Kajian menunjukkan pengambilan koko sebagai pemakanan harian dapat mengurangkan risiko atherosclerosis serta mengurangkan kematian akibat penyakit koronari jantung.
  • Koko meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan. Kajian di Jepun menunjukkan bahawa poliphenol dapat menghalang perubahan sikap emosi dibawah tekanan fizikal dan berupaya mengurangkan tekanan.
  • Koko melambatkan proses penuaan. Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Epidemiotologi dari Harvard School of Public Health di Boston U.S.A mendapati bahawa penggemar coklat secara purata menunjukkan pertambahan umur sebanyak 0.95 tahun berbanding bukan penggemar coklat. Ini menunjukkan wujudnya polyhenol untuk menghalang kerosakkan radikal bebas yang boleh menyebabkan penuaan.

RINGKASAN SEJARAH DAN FAHAMAN SYIAH

Menurut etimologi (lughah) Bahasa Arab,Syiah (شيعة) bermaksud :
Pengikut dan pembela seseorang.[1]

Adapun mengikut terminologi (istilah) syariat Islam : Mereka yang berpendapat bahawa Saidina Ali bin Abi Thalib lebih berhak untuk memegang tampuk pemerintahan dan lebih utama daripada sahabat-sahabat lain.[2]

Asalnya, Syiah terpecah daripada Islam disebabkan persoalan Siasah (Politik). Begitulah juga dengan firqah Khawarij[3], namun ketika peristiwa kematian Sayyidina Hussin bin Ali di Karbala[4], pengaruh Syiah makin meluas lalu dikenali sebagai satu fahaman dan mazhab aqidah.

Oleh itu, pelbagai fahaman dan fatwa ganjil daripada Syiah yang dikeluarkan sehingga membawa kepada percanggahan dalam masalah aqidah (pegangan) dan pelbagai masalah fiqh.Asalnya mereka ingin mempertahankan Ahli Bait Rasulullah s.a.w. namun semangat kecintaan tersebut telah diseleweng oleh beberapa ideologi sesat yang telah dibawa masuk.

Antara pendapat ulama’ menyatakan, pengasas utama Syiah adalah Abdullah bin Saba’[5] yang berpura-pura menganut Islam semata-mata menjadi duri dalam daging umat Islam.Ini disokong oleh kebanyakan ulama’ Sunni dan Syiah sendiri kerana antara puak-puak Syiah ada yang dinisbahkan kepada namanya iaitu puak “al-Sabaiah” (السبائية).

Satu peristiwa terjadi ketika Abdullah bin Saba’ pernah sekali berjumpa dengan Saidina Ali bin Abi Thalib :“Kamulah (Ali) kamulah (Tuhan) , lalu diulang-ulang beberapa kali, maka Saidina Ali berkata : Celakalah kamu (dengan perkataanmu itu), Saidina Ali bertanya : Siapakah aku yang sebenarnya? Lalu Abdullah bin Saba’ berkata lagi : Kamulah Allah !!! ”.[6]

Disebabkan perkataan tersebut, maka Saidina Ali telah memerintahkan menterinya untuk membakar golongan Syiah Saba’iah tersebut[7].  Syiah selepas zaman Saidina Ali berpecah kepada empat kumpulan yang terbesar yang akan dinyatakan nanti.

Syiah pada zaman sekarang yang dianggap benar-benar mu’tadil adalah Zaidiah[8].Adapun Imamiah Isna ‘Asyar, ulamak khilaf. Kebanyakan daripada para syeikh Al-Azhar mengambil pendekatan yang wasatiah (pertengahan) mengatakan mereka dikalangan mu’tadil (masih boleh diajak berbincang dalam proses taqrib).

Antara ulama' yang berpendapat sedemikian seperti Syeikhul Azhar Mahmud Shaltut, Mufti Mesir Syeikh Nuruddin Ali Jumaat, Syeikh ‘Atiah Saqar, Syeikh Yusoff al-Qardhawi, Syeikh Ibrahim al-Bayumi dan lain-lain. 

Namun ada juga pendapat yang lebih keras mengatakan Imamiah Isna ‘Asyar ini telah keluar daripada Islam kerana sampai kelampauan mereka kepada sahabat-sahabat Nabi, berpegang kepada pentahrifan(ditokok tambah) Quran, merendahkan martabat Rasul, menolak dan tidak berhujjah dengan sebahagian besar hadith-hadith sahih melainkan yang selari dengan aqidah mereka, mempercayai imam mereka maksum sebagaimana Rasulullah, menyangka imam mereka belum wafat lalu diangkat oleh Tuhan dan akan diturunkan sebagai Imam Mahdi kelak, imam mereka mengetahui perkara-perkara ghaib dan lain-lain. 

Pendapat kedua ini kebanyakannya dipegang oleh ulama-ulama yang berfahaman Salafi antaranya Ibn Taimiyyah, ibn Qayyim al-Jauzi, Abdullah bin Abd Wahab, Mufti Saudi Syeikh Muhammad bin Ibrahim, Syeikh al-Bani dan lain-lain[9].

Namun secara konklusi apa yang pasti, sekiranya kelampauan yang ditunjukkan oleh kelompok Syiah Imamiah tersebut tidak sampai kepada had ghulah[10], maka mereka masih lagi dalam Islam namun dalam keadaan fasiq dan ahli bidaah. Itupan sekiranya mereka tidak memusuhi Ahli Sunnah wal Jamaah lebih daripada mereka memusuhi golongan kafir seperti Yahudi, Nasrani dan selainnya.

Namun apa yang berlaku, kebencian yang amat sangat ditunjukkan dikalangan mereka terhadap Sunni sehingga sanggup bersama melakukan perkomplotan bersama kaum kuffar semata-mata menghancurkan golongan Sunni. 

Inilah yang dirakamkan kebimbangan dan penjelasan oleh Syeikh Said Hawwa dalam buku kecilnya “al-Khomeinisma : Ganjil dari sudut pegangan dan pendirian”.


PUAK-PUAK DALAM SYIAH[11]

1. Imamiah (الإمامية): Dikenali dengan Imamiah kerana menjadikan persoalan Imamah (melantik dan beriman kepada mereka) sebagai perkara Usul dalam agama yang wajib dipercayai. Ianya merupakan puak yang paling utama dalam Syiah.

Dinamakan juga sebagai al-Rafidah (الرافضة) kerana “ingkar dan menolak” kelayakan Abu Bakar, Umar dan Uthman sebagai Khalifah selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.

Ianya dipanggil juga dengan nama Isna ‘Asyariah (اثنى عشرية) kerana berpendapat bahawa 12 daripada imam-imam mereka maksum[12] sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w. (dijaga daripada melakukan dosa, lalai, lupa, tersalah dengan sengaja ataupun tidak sengaja).

12 imam mereka adalah sebagaimana berikut :

1. Ali bin Abi Thalib (al-Murtadha)
2. Hasan bin Ali (al-Mujtaba)
3. Husin bin Ali (al-Syahid)
4. Ali Zainal Abidin (al-Sajjad)
5. Muhammad (al-Baqir)
6. Ja’afar (al-Sadiq)
7. Musa (al-Kazim)
8. Ali (al-Redha)
9. Muhammad (al-Jawwad)
10. Ali (al-Hadi)
11. Hassan (al-Askari)
12. Muhammad (al-Mahdi al-Muntazor)[13]

Syiah Imamiah ini terbahagi pula kepada 15 kelompok :

Muhammadiah, Baqiriah, Nawuusiah, Syumaitiah, ‘Ammariah, Ismailiah, Mubarakiah, Musawiah, Qat’iah, Isna ‘Asyariah, Hasyimiah, Zurariah, Yunusiah, Syaithaniah, Kamiliah.

2. Zaidiah (الزيدية): Mereka adalah pengikut kepada Zaid bin Ali Zainal Abidin bin Husin bin Ali bin Abi Thalib[14]. Beliau terkesan dengan pemikiran Wasil bin Ata’ (pengasas fahaman Muktazilah) dan ulama’ mengklasifikasikan pengikut Zaidiah dalam golongan yang mu’tadil  kerana yang paling hampir kepada Ahli Sunnah wal Jamaah, lebih-lebih lagi dalam persoalan ibadat. 

Pendapatnya  tidaklah sampai mendewa-dewakan Ali dan mencerca sahabat-sahabat yang lain melainkan hanya mengatakan bahawa Ali lebih layak memegang tampuk khilfah selepas kewafatan baginda Rasulullah s.a.w. daripada Abu Bakar dan Umar. 

Kebanyakan kelompok ini berada di Yaman. Syiah Zaidiah terbahagi kepada 3 kelompok :
Jarudiah, Jaririah, Solihiah.

3. Kaisaniah (الكيسانية): Pengasasnya adalah Mukhtar bin Ubai al-Thaqafi yang merupakan khadam kepada Muhammad bin Ali bin Abu Thalib (anak Saidina Ali dengan isterinya Haulah dari bani Hanifah lalu dikenali Muhammad al-Hanafiah sempena nama kabilah ibunya). 

Adapun Kaisan merupakan khadam kepada Saidina Ali bin Abi Thalib. Setelah kewafatan Ali, dia lalu menjadi khadam  kepada Muhammad al-Hanafiah. Dia bersungguh-sungguh mempertahankan Hasan dan Husin dalam mendapatkan hak kekhalifahan.

Selepas kematian keduanya, mereka pula mempertahankan hak terhadap Muhammad bin al-Hanafiah. Lalu ada dikalangan mereka yang ghuluw (melampau) lalu menjadi buruan pemerintah ketika itu.

Terdapat 2 kelompok daripada Kaisaniah :

1. Yang mendakwa bahawa Muhammad al-hanafiah masih belum mati kerana beliau menyelamatkan diri ke sebuah daerah Radhwa (sebuah kawasan pergunungan) ketika diburu pemerintah kerana disebabkan oleh pengikut-pengikutnya yang melampau. Beliau dipercayai masih lagi hidup dan bersembunyi disana. Beliau akan keluar pada hari kiamat sebagai Imam Mahdi. 

2. Mereka yang memperjuangkan hak kekhilafahan Muhammad al-Hanafiah semasa beliau masih lagi hidup. Dan hak tersebut berpindah-pindah kepada orang lain selepas kematiannya.

4. Ghulah (الغلاة) : Mereka yang melampaui had dalam persoalan aqidah. Bukan sahaja berpandangan bahawa Saidina Ali lebih mulia dan layak daripada sahabat-sahabat lain dalam persoalan Khilafah bahkan lebih agung daripada Rasulullahs.a.w. 

Mereka juga berpendapat Rasulullah s.a.w. hamper sama wajahnya dengan Ali, oleh sebab itu malaikat Jibril tersalah sampaikan wahyu kepada Rasulullah sedangkan asalnya disampaikan kepada Saidina Ali. Ada juga yang menyatakan Jibril sengaja melakukan sedemikian lalu mengkafirkan Jibril.

Mereka percaya kepada konsep perpindahan ruh (tanasukh al-arwah) dari satu jasad kepada jasad yang lain,apabila sesorang melakukan kejahatan maka pada kebangkitan lain ruh mereka akan menjelma dalam keadaan yang menghinakan, jika mereka melakukan kebaikan maka ruh tersebut akan menjelma dalam keadaan yang mulia dan dihormati.

Kerana itulah golongan ini menyatakan bahawa Abu Bakar dan Umar akan dibangkitkan pada dekatnya Kiamat dalam rupa keldai dan baghal dan imam-imam mereka akan menjadi pengembala serta memukul-hinakan Abu Bakar dan Umar ketika itu dalam keadaan keldai dan baghal. 

Mereka sampai kepada batas ketaasuban dan kelampauan sehingga mengatakan Saidina Ali bin Abi Thalib dan imam-imam mereka sebagai Tuhan. Samada Tuhan hulul (menjelma masuk) dalam badan mereka atau mereka bersifat dengan sifat-sifat ketuhanan.

Walaupun mereka mendakwa bahawa pegangan mereka daripada agama Islam namun jumhur ulama’ berpendapat mereka telah terkeluar daripada acuan Islam.

Syiah Ghulah ini terbahagi kepada Saba’iah, Bayaniah, Mughiriah, Mansuriah, Ghurabiah, Khattabiah, Janahiah, Hululiah, Syari’iah, Numairiah.

GERAKAN KEBATINAN  [15]

Banyak daripada kumpulan dan agen parasit daripada luar yang ingin merosakkan Islam. Mereka mula menyerang agama Islam dengan mencipta beberapa ideologi berbentuk harakah batiniah (gerakan kebatinan) lalu diserap masuk kedalam Islam dengan menjadikan cinta kepada Ahli Bait Nabi sebagai hujjah mereka. Ada juga yang menjadikan persoalan falsafah, ilmu kalam, tasawuf ,perbandingan agama dan kebebasan mutlak terhadap manusia sebagai fokus utama dalam menyebarkan fahaman kebatinan ini.

Golongan ini digelarkan dengan nama al-Batiniah (الباطنية) kerana mereka berkata :

“Syariat Allah itu ada lahir dan batinnya, begitu juga dengan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi Muhammad”[16]

Mereka menggunakan kaedah takwil[17]sebagai manhaj utama menyebarkan fahaman ini.  

Sebagai contoh :

“Sesiapa yang mengetahui makna hakikat ibadah, gugur fardu ibadah daripadanya”. Ini diambil daripada Firman Allahdalam Surah al-Hijr, ayat 99 berbunyi :“Sembahlah Tuhanmu sehingga kamu yakin.”

Mereka bergerak samada dalam keadaan jelas atau tersembunyi dalam mana-mana kelompok. Antara gerakan mereka yang dapat dikenal pasti oleh para ulama iaitu gerakan Yazidiah, Qaramitah, Ismailiah, Druze, Nusairiah, Hashsyasyin, Babiah, Baha’iah, Qadianiah, Hizbul Jumhuri, Ahbash, Ansar, Khumainiah dan Harakah Amal. 

Pengasas awalnya adalah Maimun bin al-Ahwazi[18], Muhammad bin Hussin (al-Dandan)[19] bersama satu kumpulan yang dinamakan al-Jarabijah[20] yang pernah berkumpul sekali dalam penjara di kawasan Iraq, lalu bersepakat mengasaskan gerakan kebatinan. Selepas bebas daripada penjara, mereka mula menyebarkan fahaman dan doktrin-doktrin tersebut yang diceduk daripada Islam, Majusi, Yahudi, Nasrani, Mesir Kuno, Parsi, Yunani, Anamisma dan Buddha.

Gerakan mereka ini terlebih bahaya daripada Yahudi, Nasrani, Majusi dan Dahriah kerana mereka bergerak dengan menyalurkan doktrin mereka secara halus dan dengan penggunaan nama Islam sebagai tipu muslihat. 

Modus operandi sebagaimana dinyatakan oleh Dr. Anwar Hamid Isa ada beberapa peringkat dalam meniupkan ruh tipu daya mereka :

1.  Al-Tafarras :  Memerhati daripada jauh mangsa yang sepatutnya
2.  Al-Ta’nis  :  Mula berdamping dan tunjukkan keramahan untuk berkawan
3.  Al-Tasykik :  Timbulkan persoalan dan keraguan tentang Islam
4.  Al-Ta’liq :  Cuba memberi ulasan dan komentar yang salah tentang Islam
5.  Al-Rabt :  Akan sentiasa cuba berhubung dan menarik dengan lebih rapat
6.  Al-Tadlis :  Meresap-masukkan doktrin-doktrin pelik lalu menipu dan perdaya
7.  Al-Ta’sis :  Mula melakukan proses pembentukan menjadi ahli gerakan bersama
8.  Al-Khulu’ wal Salakh:  Memisah dan mencabut. Mula-mula menjauhkan umat Islam 
 daripada pengamalan spiritual mereka sehari-hari dan seterusnya kepada gugurnya keimanan kepada Allah.


FAHAMAN NUSAIRIAH  (النصيرية)
(GERAKAN KEBATINAN)

Salah satu daripada ideologi sesat yang dicipta untuk memesongkan ajaran Islam yang tulen. Mereka adalah pengikut kepada Muhammad bin Nusair al-Basri al-Namiri.[21]

Selepas kematian Hassan al-Askari, Muhammad bin Nusair menyatakan bahawa Hassan al-Askari ada menyembunyikan seorang anaknya (Muhammad al-Mahdi) didalam sebuah bilik bawah tanah. 

Tujuannya adalah mendapatkan nama dengan mengutip zakat daripada orang ramai sebagai pengeluaran zakat untuk disalurkan kepada anak Hassan yang tersembunyi itu. 

Dia menggunakan hujjah البابية dengan menggelarkan dirinya sebagai PINTU atau sebagai orang tengah untuk menyampaikan sesuatu pemberitaan dan menyampaikan sesuatu hajat yang diinginkan oleh masyarakat. Kerana hasratnya ingin menjadi penguasa dengan menggunakan Imam yang Ghaib tersebut, dia akhirnya menggelarkan dirinyasebagai Tuhan.

Kelompok ini juga dinamakan dengan Namiriah, Alawiyun,Hattabun dan lain-lain. Tersebarnya Nusairiah hari ini disekitar pinggir Syria, kepulauan kecil, Lubnan, Iraq dan lain-lain.
Imam ibn Kathir penah menyatakan bahawa kelompok Nusairiah ini menganggap Saidina Ali sebagai Tuhan.Mereka juga mengkafirkan umat Islam keseluruhannya. Mereka telah meruntuhkan masjid-masjid lalu ditukar dan dibina kilang-kilang dan kedai penjualan arak.[22]

Antara aqidah mereka adalah [23] :

1. Menganggap Saidina Ali sebagai Tuhan kerana Allah taala telah hulul (menjelma masuk) ke dalam jasad Saidina Ali, bahkan mereka juga beranggapan bahawa Ali sudah wujud sebelum bumi dan langit belum dicipta.

2. Mereka berpegang dengan konsep ketuhanan Trinity (3 dalam 1) sebagaimana Kristian. Kristian beranggapan adanya Tuhan Bapa, Tuhan Anak, Ruhul Quds (Jibril).

Bagi Nusairiah, mereka beranggapan bahawa adanya tiga gabungan daripada المعنى (Saidina Ali) sebagai Yang Paling Agung dan Berkuasa, الإسم  (Rasulullah s.a.w.) sebagai hijab Nurani dan الباب (Salman al-Farisi) sebagai wasilah untuk menyampaikan kepada hijab Nurani.

2. Menganggap bahawa imam Hassan al-Askari sebagai Nabi yang diutuskan Tuhan. Bahkan mengetahui akan setiap perkara-perkara yang ghaib dan terzahir mukjizat disisinya[24]. 

Begitulah juga yang berlaku kepada Syeikh-syeikh mereka yang Tuhan hanya khususkan kepada mereka dengan mengetahui setiap maksud batin (tersirat) daripada al-Quran dan Hadith.

Mereka tidak memakai-guna ayat al-Quran secara zahir dan mengubah makna tersebut kepada makna yang tidak layak untuk ditakwilkan.

3. Berpegang dengan konsep Karma sebagaiman agama Buddha yang akan ada perpindahan ruh serta pembalasan amalan dimuka dunia. Ketika itu berpindahnya ruh kepada jasad-jasad manusia lain sebagai balasan baik ataupun buruk. Bahkan ada juga ruh yang berpindah ke jisim-jisim tumbuhan dan haiwan-haiwan.

4. Mengecam bagi sesiapa yang mencela dan menghina Abdul Rahman bin Maljam (pembunuh Saidina Ali) kerana beranggapan telah melakukan kebaikan. Mereka beanggapan, telah menjelma sepenuhnya ruh Allah daripada العالم اللاهوت (alam ketuhanan) kepada العالم الناسوت (alam manusia) untuk menyelesaikan fitnah yang berlaku dikalangan sahabat Nabi ketika itu.

5. Beriman bahawa Saidina Ali mencipta Rasulullah s.a.w. lalu Rasulullah mencipta Salman al-Farisi, lalu Salman mencipta 5 orang yang lain iaitu :

- al-Miqdad bin Aswad : 
mengawasi dan menjadi Tuhan bagi manusia dalam mentadbir mereka
- Abu Dzar al-Ghifari : 
menjadi pemantau peredaran falak, planet-planet dan bintang dilangit
- Abdullah bin Rawahah: 
penjaga peredaran udara alam dan meniupkan ruh bagi manusia
- Uthman bin Maz’un: 
mengawal situasi, perihal kelakuan dan sifat manusia
- Qinbar bin Kadan : 
sebagai peniup ruh kehidupan kepada seluruh makhluk Tuhan

6. Beranggapan Saidina Ali tidak mati tetapi naik ke langit lalu bersemayam di bulan, matahari, awan dan lain-lain.Kerana itulah mereka menyembah benda-benda tersebut kerana Ali ada disana.

7. Tidak mengiktiraf pensyariatan Haji kerana pada pandangan mereka, menunaikan Haji ke Mekah merupakan perbuatan kufur dan melakukan penyembahan berhala (dinisbahkan kepada Kaabah).

8. Tidak solat Jumaat, tidak bersuci dengan wudhu’, mengangkat janabah (hadas besar) sebelum menunaikan solat lima waktu. Solat lima waktu mereka tidak perlu berwudu’ dan tidak ada sujud kerana ianya termasuk dalam rukun Rukuk dalam solat.Solat mereka berbeda dengan rakaat yang diamalkan oleh Sunni.

9. Tidak mengiktiraf pensyariatan zakat tetapi mereka mengeluarkan wang saku mereka (untuk menggantikan zakat) dengan memberi cukai kepada Syeikh-syeikh mereka. 

10. Melakukan upacara-upacara kemenyan dan membakar wangi-wangian ketika melakukan upacara sebagaimana yang dilakukan Kristian dan Buddha.

11. Puasa hanyalah menahan diri daripada isteri-isteri mereka sepanjang bulan Ramadhan.
Begitula reality sebenar fahaman Nusairiah, sebuah gerakan kebatinan yang bergerak dalam denyut nadi umat untuk menghancurkannya secara tersembunyi.

Para ulama telah bermuafakat, mereka yang menganut fahaman Nusairiah ini diharamkan berkahwin dengannya, diharamkan makan sembelihannya, dilarang daripada mengkafan, solat jenazah dan dilarang untuk dikebumikan bersama kubur-kubur orang Islam.

Namun apa yang kita dapati, apa yang berlaku di Syria sekarang, tampuk kepimpinan negara dikuasai oleh puak Syiah al-Nusairiah ini. Walaupun mereka mengkafirkan kelompok Syiah Imamiah Isna 'Asyar namun kerajaan Iran (yang menganut fahama Syiah Imamiah Isna 'Asyar) tetap menolong mereka dalam memerangi kelompok Ahli Sunnah wal Jamaah di bumi Syria yang mulia.

Mungkin disana kenyataan yang dikeluarkan oleh Yusoff al-Qardhawi dan Syeikh Ali al-Sobuni serta para ulama' yang anti-Asad secara zahir berhujjahkan wajib menentang kezaliman yang dilakukan mereka, namun tidak dinafikan bahawa kebarangkalian besar perkomplotan Iran membantu Syria dengan menghantar tenteranya Hizbullah untuk melepaskan dendam kesumat mereka terhadap kelompok Sunni.

Inilah yang dibimbangkan oleh Syeikh Saied Hawwa selama ini yang melihat sendiri pasca kebangkitan Islam di Iran secara revolusioner ada agenda yang tersendiri. Bahkan beliau sendiri tidak mengiktiraf bahawa kebangkitan yang berlaku di Iran adalah sebuah "kebangkitan Islam" النهضة الإسلامية  di akhir zaman.


Wallahu a'lam


Disediakan oleh :
Muhammad Zuhairi bin Zainal Abidin
Felo MANHAL PMRAM 
 


*p/s: Telah diterbitkan dalam bentuk bercetak oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2012 melalui seliaan MANHAL PMRAM

Tuesday, July 9, 2013

Cafe Plus


Al-Rumman Cafe Plus

RM29.90 + RM 6.00(kos pos)

Kopi “Al-Rumman Cafe Plus” merupakan kopi pra campuran yang berasaskan kopi Arabica dicampurkan dengan ekstrak buah delima. Keistimewaan kopi “Al-Rumman Cafe Plus” ini adalah peratusan ekstrak buah delima yang campurkan ke dalam kopi dengan kuantiti yang banyak.
Buah delima digelar ‘super fruit’ kerana kaya dengan antioksidan, ia juga kaya dengan sodium dan mengandungi unsur-unsur nutrien seperti riboflavin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus.
Menurut Dr. Ahmad Nabil Abu Natwa, buah delima dapat mengurangi kolestrol dalam darah dan dapat mengubati dan melindungi seseorang dari 200 jenis penyakit.
Biji kopi juga mempunyai khasiatnya tersendiri. Penyelidikan sejak beberapa tahun kebelakangan ini di University of Harvard menunjukkan bahawa pengambilan kopi boleh melindungi daripada penyakit diabetes, penyakit Parkinson, kanser hati dan sirosis hati. Dan kajian terbaru mendapati bahawa orang yang kerap meminum kopi mempunyai risiko yang agak rendah untuk mengidap penyakit kardiovaskular (penyakit jantung) berbanding orang-orang yang jarang minum kopi.
Dengan adanya kopi pra campuran ini, pengguna bukan sahaja boleh menikmati kopi “Al-Rumman Cafe Plus” sebagai minuman malah baik juga untuk kesihatan.


Keterangan Produk

Al-Rumman Al-Rumman Cafe Plus didatangkan dalam 25 gram x 15 paket sekotak.

Wednesday, July 3, 2013

Madu Kelulut Asli

RM60.00 ( 350 Gram ) + RM6.00 ( Kos Pos)
 
KELULUT merupakan sejenis serangga dari keluarga APIDAE (lebah) yang menghasilkan manisan madu dan tidak menyengat. Madu kelulut mempunyai khasiat yang tinggi dan dikatakan dua Kali Ganda lebih dari lebah lain. Ini kerana madu kelulut kaya dengan mineral (magnesium, kalium, kalsium, sulfur, besi, iodin, zink, tembaga, fosfat) dan vitamin (B1, B2, B3, B5, B6, C). Kehebatan madu dalam menyembuhkan penyakit juga telah di sebut dalam Al-Quran dan Hadis.
Firman Allah s.w.t dalam surah An-Nahl ayat 68 & 69 yang bermaksud:
Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang didirikan oleh manusia. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang mahu berfikir.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
Sesiapa menjilat/minum madu tiga(3) pagi setiap bulan, tidak akan ditimpa bala (penyakit) berat. (Diriwayatkan oleh Abu Hurairah )
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
Syifa (ubat/pengubatan/pembaikan/penawar) itu ada pada tiga – meminum madu, berbekam, dan dengan besi panas, dan aku melarang/menegah ummatku dari besi panas.(Diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah - Kitab Sahih Bukhari)
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
Ke atas kamu dua penyembuh (syifa) : Madu dan Alquran (Diriwayatkan oleh Al-Hakim dan Ibnu Majah)

KEBAIKAN DAN KHASIAT MADU KELULUT ASLI YMR

  • Awet Muda dan Menyerikan Wajah
  • Anti-Bakteria
  • Kaya Dengan Anti-Oksidan 
  • Mencerdaskan Minda
  • Memberi Tenaga
  • Mencegah Penyakit Arthritis (Sendi)
  • Mengurangkan Masalah Pecah Kaki
  • Melegakan Penyakit Gout
  • Menghaluskan dan mencerahkan kulit.
  • Mengatasi Masalah Kulit
  • Mengurangkan Masalah Buasir
  • Mengurangkan Masalah Stress / Letih
  • Mengurangkan Masalah Resdung
  • Membantu Masalah Sesak Nafas / Batuk
  • Melegakan Sakit Tekak

KELEBIHAN MADU KELULUT YMR

Madu kelulut asli YMR merupakan madu asli yang dituai terus dari ladang lebah kelulut yang mendapat pengiktirafan daripada FAMA. Ini dapat menambah keyakinan bahawa madu kelulut yang dikeluarkan oleh syarikat YMR merupakan madu kelulut yang asli.
Madu kelulut YMR juga bebas dari bahan tambahan, bahan pengawet, penambahan air, pewarna tambahan, dan perisa tiruan. Hal ini telah dibuktikan oleh pihak UNIPEQ melalui dua analisis iaitu ‘Honey Analysis’ dan ‘Nutritional Labeling Malaysia Analysis.
Produk ini juga telah mendapat pengiktirafan Halal daripada Jabatan Agama Islam (JAIM) dan pengkelasan produk sebagai makanan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Dengan madu kelulut berqualiti yang dikeluarkan oleh syarikat YMR, pengguna dapat menikmati semua khasiat yang ada pada madu kelulut tanpa ragu-ragu dan melihat sendiri keberkesanannya pada kesihatan tubuh badan. Harga yang ditawarkan bagi produk kami juga ternyata berbaloi dengan khasiat yang diperolehi daripada amalan meminum madu kelulut asli keluaran syarikat YMR.

KAJIAN – KAJIAN TENTANG KHASIAT MADU KELULUT

Madu kelulut juga dikatakan mempunyai khasiat tinggi. Kajian telah dilakukan di Mardi menunjukkan madu kelulut mempunyai nilai dalam perubatan tertentu.
Kajian awal yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan, Mardi menunjukkan asid fenilpropanaoik, asid protocatechuik dan asid 4-hidroksifenilasetik adalah di antara bahan utama yang telah berjaya dikenalpasti dalam madu kelulut. Bahan-bahan ini tergolong dalam kumpulan asid fenolik bebas yang merupakan bahan aktif yang boleh bertindak sebagai antikanser dan antioksidan dan bahan ini lebih mudah untuk diserap dalam tubuh manusia berbanding bahan aktif lain seperti flavonoid.
Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) juga telah merekodkan bahawa madu kelulut mempunyai khasiat dari segi perubatan. Kajian makmal telah dilakukan ke atas tikus yang telah disuntik dengan diabetes menunjukkan madu kelulut berupaya menurunkan glukosa selain daripada itu ia mampu mengurangkan kerosakan fungsi ginjal dan dapat mengurangkan stress aksidatif. Selain itu kajian pada tikus yang telah di buang ovari untuk kajian menopaus menunjukkan madu mengurangkan atrofi pada uterus dan vagina serta meningkatkan ketebalan trabekular tulang yang mana bermakna ia membantu manguatkan tulang melalui penyerapan kalsium.
Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan mempelopori penggunaan madu bagi merawat ulser diabetes dan mengurangkan masalah inflamasi pada mukosa mulut pesakit kanser nasofarign yang menjalani rawatan radiasi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM). Madu juga dikenalpasti berpotensi menurunkan paras gula dalam darah serta meningkatkan kesihatan fizikal.
Kajian dilakukan di bawah pengawasan Prof. Madya. Siti Amrah Sulaiman itu menunjukkan penggunaan madu kelulut boleh menurunkan paras glukos pesakit diabetes selain berkesan untuk mencegah kanser dan gout katanya. [Universiti Sains Malaysia (USM)]
Khasiat madu kelulut dikatakan dapat mening¬katkan metabolisme badan, menambahkan tenaga batin, menjaga kecantikan, memberi tenaga kepada wanita yang baru bersalin dan membantu merawat kecederaan dalaman. Madu kelulut juga memperlahankan pertumbuhan sel kanser, mengecutkan kerada¬ngan dan meningkatkan daya imunisasi tubuh.
Analisis ekstrak madu kelulut yang dilakukan menggunakan alat kromatografi gas spektrometer jisim (GCMS) menunjukkan kehadiran pelbagai jenis asid fenolik (bahan antioksidan ringkas). Antara bahan yang telah dikenal pasti ialah asid benzoik, asid fenilpropanoik, asid 4-hidroksibenzoik, asid 4-hidroksifenil asetik, asid vanilik, asid protokatechuik dan asid p-koumarik. Kajian sebelum ini menunjukkan asid fenolik mempunyai pelbagai khasiat seperti merendahkan paras kolesterol dalam darah, antioksidan dan antikanser.
kajian makmal di Mardi, madu kelulut boleh menyembuhkan lelah, batuk, asma dan lain-lain penyakit. "Bukan setakat madu sahaja, Propolis dan Polen dihasilkan kelulut boleh juga dimakan dengan direndam ke dalam air panas. Air rendaman itu juga boleh diminum begitu sahaja untuk menghilang batuk atau lelah," katanya ( Penolong Pegawai Penyelidik Mardi, Zulidzham Mohd Sani)

Monday, May 27, 2013

Iklan Jus Delima Kepada Penguna Wanita

Dapatkan sekarang... JUS DELIMA ORGANIK AL-RUMMAN
Info Produk : 314ML - RM55.00 / 1 liter - RM140.00 / 
Promosi Produk : 2 botol 1 liter + FOC 310ML - RM245.00
Order SMS/Whatshaap : <delima> 013 991 0717

http://pomegranateorganic.blogspot.com/

Baginda bersabda:
Makanlah buah delima dengan kulitnya. Sesungguhnya kulitnya dapat membersihkan perut besar.Tidaklah sebutir biji buah delima berada di dalam perut seorang muslim, melainkan dia akan meneranginya dengan mengusir syaitan serta godaannya selama 40 hari

PENTINGNYA WANITA MENGAMALKAN JUS DELIMA ORGANIK AL-RUMMAN

Khasiat Buah delima untuk kecantikan kulit
  • sumber asid folat dan antioksidan dalam buah delima memberi kesan semula jadi kerana dapat merangsang, menyaktoksid dan meningkatkan kecantikan kulit semula jadi.
  • Kandungan gula Buah delima   mampu bertindak sebagai bahan skrub untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati. Hasilnya kulit akan kelihatan segar dan muda selalu.
  • Lagi satu buah delima juga boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat caranyer sangat mudah Ok ….lepas makan buah delima jangan buang kulitnyer  ambik kulit buah delima jemur sehingga kulitnyer kecut…kemudian kisar atau kalau rajin tumbuk sampai lumat sehingga ianya menjadi serbuk…kemudian simpan dalam bekas..dan apabila nak digunakan ambik sedikit serbuk tadi tambahkan sedikit air perahan limau nipis dan sapukan pada wajah..biarkan ianyer kering kemudian basuh…
1. Menegangkan payudara
2. Mencantikkan kulit - merawat kulit rosak/kulit kering/kulit berjerawat
3. Mencerahkan kulit
4. Menegangkan kulit dan menjadikannya awet muda
5. Membuang lemak berlebihan terutama di perut
6. Merapat dan menyuburkan rahim - menormalkan kitaran haid yang tidak teratur
7. Merawat dan mencegah kanser rahim
8. Memelihara kadar keseimbangan hormon semasa haid (elak moody)
9. Membakar kalori dengan cepat, elak pertambahan berat badan
10. Mengubahsuai dan membaikpulih hormon semasa menopouse - sesuai dihadiahkan kepada ibu tersayang.
11. Merawat KEPUTIHAN dan jangkitan kulat di faraj/rawat kegatalan faraj.
12. Menghalang pembentukan SEL BARAH PAYUDARA
13. Menjaga kesihatan usus besar dan kecil (lawas)
LAGI KHASIAT DELIMA
~Melawan penyakit gout
~mengurangkan batuk dan menghilangkan kahak
~merawat 'sinus'
~meningkatkan tenaga
~menguatkan sistem penghadaman, membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan badan
~Mengatasi penyakit anemia dengan membekalkan zat besi yang secukupnya
~menormalkan fungsi hati
~menstabilkan peredaran darah
~merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi
~mencuci darah kotor

Contact

SMS / WhatsAAP - [delima] - kepada No.Hp
 
 
Terengganu
MOHD AZMAN BIN MOHAMAD
180-B, Bukit Tunggal, Kuala Terengganu
+60148332767

Saifulizam
Binjai Rendah, Marang
60145291117

Al-Faizah Abdul Aziz
Bukit Payong, Marang
60139302886

MOHD SABRI BIN ZAKARIA
KG GONG MERAWANG, RHU MUDA
60199095028
.
Perlis :
RAHIMAH BT MOKHTAR
No.356, Jlan Kangar - Alor Star,
Taman Mutiara, Kangar
60194553389
.
Perak:
YANG RUZAIMAH MUSTAPA,
Sekolah Kebangsaan BUKIT BALAI,,
Lenggong, 33400 Perak.
+6 019 236 0743
.
SELANGOR:
Muhammad Fairuz
Kota Damansara
SMS : 0123881504
 
Ruzlina Mustapa
Bank Islam Tanjung Karang
+6 019 236 0743

JUNAINAH BT KOSNAN
LOT.3 JALAN TEMPINIS,
KAMPUNG TENGAH, BATU 13,
Puchong, 47100 Selangor.
+60176120060

NURUL ALIA BT BAHARUM
Taman Subang Perdana, Shah Alam
+6 017 667 0782
.
Pulau Pinang
SITI FATHIYAH BT MD. ISA
27, Pintas Terubuk 2, Seberang Jaya,
Perai, 13700 Pulau Pinang
+6 014 946 7639
.
Johor:
Mohd Jamak
Muar Johor
018  764 9757
  .
SABAH
NUR KAMAL BIN MOONG
ALC, Taman Sejati Ujana, Sandakan, Sabah,
+6 019 843 9093